League of Legends

Oppo Find X2 Edisi Terhad Bertemakan League of Legends Dihasilkan Bersempena Dengan Kejohanan Worlds 2020

8 bulan lalu

Oppo Find X2 Edisi Terhad Bertemakan League of Legends Dihasilkan Bersempena Dengan Kejohanan Worlds 2020

Kejohanan League of Legends Worlds 2020 sedang berlangsung di Shanghai, China dan sudah tentu, pelbagai promosi berkaitan dengannya juga telah diadakan.

Oppo, jenama telefon pintar yang juga rakan penaja kejohanan tersebut kini telah melancarkan telefon pintar Oppo Find X2 ‘League of Legends S10’ edisi terhad yang direka khas bertemakan permainan tersebut. Selain daripada telefon tersebut, jam tangan pintar edisi terhad dengan rekaan yang sama juga telah dihasilkan.

Oppo juga telah bekerjasama dengan pemain profesional bagi mempromosikan telefon tersebut. Telefon pintar ini juga telah dimasukkan di dalam animasi mempromosikan kejohanan tersebut yang diterbitkan oleh Riot Games tempoh hari. Pada ketika ini, tiada sebarang maklumat didedahkan sama ada telefon edisi terhad ini akan ditawarkan di pasaran luar selain daripada China.