League of Legends

Lebih 3.2 Juta Orang Telah Mendaftar Bagi Peluang Mendapatkan 6000 Tiket Perlawanan Akhir Worlds 2020

2 bulan lalu

Lebih 3.2 Juta Orang Telah Mendaftar Bagi Peluang Mendapatkan 6000 Tiket Perlawanan Akhir Worlds 2020

Riot Games baru-baru ini mengumumkan bahawa perlawanan akhir kejohanan League of Legends Worlds 2020 akan membenarkan kehadiran penonton awam secara terhad.

Sebanyak 6,312 tiket percuma telah disediakan dan akan diberikan secara rawak kepada para peminat di China. Terkini, laman pendaftaran minat bagi proses pemilihan tersebut menyatakan bahawa lebih 3.2 juta orang telah mendaftar bagi peluang menonton perlawanan tersebut secara langsung di stadium.

Jumlah ini amat membanggakan kerana untuk mendaftar, seseorang itu perlu mempunyai akaun League of Legends melepasi tahap 30 dan perlu mengemukakan kad pengenalan diri.

Perlawanan akhir Worlds 2020 akan berlangsung di Stadium Pudong pada 31 Oktober ini.

Kemaskini 16 Oktober: Jumlah pendaftar kini melangkau 3.2 juta dari nilai asal 1.1 juta orang.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments