Penstriman

Laman Penstriman Huya Dan DouYu Rasmi Akan Bersatu

10 bulan lalu

Laman Penstriman Huya Dan DouYu Rasmi Akan Bersatu

Selepas seketika ura-ura mengenainya berterbangan, DouYu hari ini telah menerbitkan siaran media mengesahkan bahawa syarikat tersebut bersama dengan Huya telah bersetuju untuk bergabung.

Huya dan DouYu merupakan dua laman penstriman tersebar di China. Proses pengabungan ini dijangka akan selesai pada separuh pertama tahun 2021 kelak. Sebagai dua platform penstriman terbesar di China, penggabungan ini akan menjadikan ia sebuah laman penstriman gergasi di dunia.

Pada suku kedua tahun 2020, Huya dilaporkan mempunyai 168 juta pengguna aktif bulanan manakala DouYu pula mempunyai 165 juta pengguna aktif bulanan dalam tempoh yang sama. Untuk perbandingan, laman penstriman Twitch dilaporkan mempnyai 140 juta pengguna aktif bulanan.

Sumber: DouYu, Ping West