League of Legends

Jadual Pusingan Akhir Kejohanan Worlds 2020

7 bulan lalu

Jadual Pusingan Akhir Kejohanan Worlds 2020

Peringkat kumpulan acara utama kejohanan League of Legends World Championship 2020 telah pun tamat semalam melibatkan pasukan di kumpulan D. Selepas tamat semua perlawanan, acara pembahagian perlawanan bagi pusingan akhir iaitu pusingan kalah mati kejohanan telah dilangsungkan.

Ia memperlihatkan pembahagian yang agak unik kerana secara ringkasnya, pembahagian ini menjadikan pasukan Eropah menentang China di satu sudut dan pasukan Eropah menentang Korea di sudut sebaliknya.

Berikut adalah penjadualan penuh pusingan akhir Worlds 2020:

Pusingan suku akhir akan bermula pada 15 Oktober ini pada pukul 6 petang dengan perlawanan diantara Damwon Gaming dan DRX. Berikut adalah jadual penuh baki kejohanan:

  • Suku Akhir
    • 15 Oktober: Damwon vs DRX
    • 16 Oktober: Suning vs JD Gaming
    • 17 Oktober: Top Esports vs Fnatic
    • 18 Oktober: GenG vs G2 Esports
  • Separuh Akhir
    • 24 Oktober: SA 1
    • 25 Oktober: SA 2
  • Akhir
    • 31 Oktober

Riot Games juga baru-baru ini mengesahkan bahawa perlawanan akhir kejohanan pada 31 Oktober depan di Stadium Pudong akan mempunyai kehadiran penonton awam. Mereka juga telah mengacahkan bahawa K/DA dan Seraphine telah tiba di Shanghai bagi melakukan persembahan dan pelancaran album terbaru mereka.