League of Legends Legends of Runeterra Teamfight Tactics

Acara Khas Akan Diadakan Bersempena Dengan Pelancaran Album Baharu K/DA, ALL OUT

4 bulan lalu

Acara Khas Akan Diadakan Bersempena Dengan Pelancaran Album Baharu K/DA, ALL OUT

Album EP pertama bagi kumpulan muzik maya K/DA iaitu ALL OUT akan dilancarkan kepada umum pada 06 November depan mengandungi 5 buah lagu.

Bagi menyambutnya, Riot Games telah mengumumkan bahawa acara khas akan diadakan bagi menyambut ketibaan alum tersebut. Acara ini bukan sahaja akan melibatkan permainan League of Legends malah akan turut menyertakan permainan Teamfight Tactics dan Legends of Runeterra.

Walapun album baharu K/DA hanya akan dilancarkan pada bulan November kelak, sebuah lagi lagu di dalam album tersebut iaitu More akan dilancarkan awal bersama dengan video muzik khas pada 28 Oktober ini menjelang perlawanan akhir Worlds 2020 dimana K/DA dijangka akan melakukan persembahan khas.

Baca Juga :   Epulze Umum Valorant Royal SEA Cup Sebuah Lagi Acara Ignition Series Bagi Asia Tenggara

Seperti yang didedahkan sebelum ini, ahli K/DA dan champion baharu League of Legends iaitu Seraphine akan hadir dengan barisan kosmetik khas bertemakan album baharu tersebut. Seraphine juga akan mempunyai skin bertaraf Ultimate.

Kesemua skin ini dan champion baharu, Seraphine juga akan boleh diuji tidak lama lagi di klien PBE League of Legends pada 13 Oktober ini. Bagi server biasa permainan pula, mereka dijangka tiba pada 29 Oktober depan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments