Liga Overwatch

Dua Musim Berturut-turut – San Francisco Shock Adalah Juara Liga Overwatch 2020

5 bulan lalu

Dua Musim Berturut-turut – San Francisco Shock Adalah Juara Liga Overwatch 2020

Pasukan San Francisco Shock mengekalkan takhta kejuaraan mereka selepas membenam pasukan Seoul Dynasty di perlawanan akhir pusingan akhir Liga Overwatch musim ke-3.

Ini adalah kejuaraan kedua mereka berturut-turut, selepas menjuarai musim 2019 lalu. Perlawanan akhir menentang Seold Dynasty berakhir dengan keputusan 4-2. San Francisco Shock memulakan perlawanan dengan garang memenangi dua peta pertama iaitu Oasis dan King’s Row.

Seoul Dynasty bangkit di peta ketiga perlawanan, Hanamura dan menamatkan rekod 18 kemenang berturut-turut di peta tersebut. Mereka kemudiannya memenangi peta keempat perlawanan, Watchpoint: Gibraltar untuk menyamakan kedudukan semasa perlawanan.

Foto: San Francisco Shock

Harapan Seoul untuk merampas gelaran juara dari San Francisco bagaimanapun musnah selepas mereka tewas pada dua peta terakhir perlawanan iaitu Busan dan Hollywood. Sebagai juara, San Francisco Shock membawa pulang hadiah berjumlah USD1,500,000.

Pemain San Francisco Shock iaitu Nam-Ju “Striker” Gwon juga telah diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir ini. Bagi anugerah sepanjang berlangsungnya liga pula, pemain Los Angeles Valiant Caleb “McGravy” McGarvey diberikan anugerah Dennis Hawelka, pemain Philadelphia Fusion Kyeong-bo “Alarm” Kim diberikan anugerah pemain baharu terbaik liga dan Byung-chul Moon dari pasukan Shanghai Dragons dianugerahkan sebagai jurulatih terbaik liga.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *