League of Legends

Perlawanan Akhir Worlds 2020 Sah Akan Mempunyai Penonton Di Arena

2 bulan lalu

Perlawanan Akhir Worlds 2020 Sah Akan Mempunyai Penonton Di Arena

Berikutan penularan wabak COVID-19, penganjuran kejohanan League of Legends Worlds 2020 telah dilakukan secara tertutup menggunakan konsep bubble iaitu kesemua pemain dan staf yang terlibat dikuarantin sepanjang berlangsungnya kejohanan.

Namun begitu hari ini, Riot China telah mengesahkan bahawa perlawanan akhir kejohanan pada 31 Oktober depan akan mempunyai kehadiran penonton di arena. Riot telah sedia dilaporkan mahu cuba membenarkan kehadiran penonton sebelum ini dan nampaknya mereka kini yakin bahawa perkara ini mampu dilaksanakan secara selamat.

Sekitar 6,312 tiket percuma dilaporkan telah disediakan dan para peminat yang mahu menghadiri boleh memasuki proses pemilihan rawak melalui lawan web LPL atau klien permainan di China. Proses pemilihan ini hanya akan melibatkan penonton tempatan di China sahaja.

Worlds 2020 pada ketika ini sedang melangsungkan hari-hari terakhir bagi peringkat kumpulan. Liga bagi Asia Tenggara iaitu PCS yang diwakili oleh Machi Esports dan PSG Talon bagaimanapun telah tersingkir di pusingan ini. Selepas tamat peringkat kumpulan, peringkat akhir kejohanan iaitu pusingan kalah mati akan dilangsungkan pada 15 sehingga 31 Oktober ini.

Sumber: Ashley Kang

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments