Dota 2

Jumlah Hadiah The International 10 Berjaya Melepasi Nilai Sasaran USD40 Juta

2 bulan lalu

Jumlah Hadiah The International 10 Berjaya Melepasi Nilai Sasaran USD40 Juta

Selepas dilanjutkan selama tiga minggu akibat daripada beberapa masalah yang timbul ketika ia berlangsung, battle pass Dota 2 kini telah tamat dan bersama dengannya tamat juga pengumpulan jumlah hadiah bagi kejohanan The International 10.

Dengan berbaki 10 minit sahaja sebelum ia tamat, jumlah hadiah yang dikumpul berjaya melepasi nilai USD40 juta, iaitu nilai sasaran tambahan kepada komuniti oleh Valve. Ini memperlihatkan peningkatan besar berbanding tahun 2019 lalu yang berjaya meraih USD36 juta dolar.

Dengan melepasi nilai sasaran ini, para pemilik battle pass juga akan menerima nilai mata tahap tambahan yang dijanjikan. Namun seperti yang diumumkan sebelum ini, kejohanan The International telah ditangguhkan sehingga tahun depan akibat daripada penularan wabak COVID-19.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments