Valorant

Valorant Memperkenalkan Skye, Agen Terbaru Permainan Itu

2 bulan lalu

Valorant Memperkenalkan Skye, Agen Terbaru Permainan Itu

Act 3 iaitu babak terakhir bagi kitaran pertama Valorant bakal tiba pada 14 Oktober ini kepada umum. Selain daripada hadirnya battle pass baharu, kemaskini juga bakal membawakan peta kelima permainan iaitu Icebox.

Terkini, Valorant memperkenalkan Skye, agen baharu yang bakal tiba pada 27 Oktober depan. Melalui video pengenalan yang dimuat-naik oleh Riot Games, Skye adalah agen dengan peribudaya sebagai pelindung alam semula jadi.

Seperti peribudaya beliau yang mahu melindungi dan memulihkan alam sekitar, Skye mempunyai abiliti untuk memulihkan rakan sepasukan berdekatan beliau namun abiliti ini tidak akan memulihkan dirinya sendiri.

Skye juga boleh menyeru haiwan seperti burung Falcon yang mampu diletupkan bagi membutakan pandangan lawan, harimau yang mampu memegun musuh dan mencederakan mereka. Akhir sekali, Skye mempunyai abiliti Ultimate yang menyeru tiga seeker yang akan mencari tiga musuh terdekat dari beliau.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments