League of Legends

Liga League of Legends Bagi Rantau Oceanic Ditamatkan- Pemain Akan Disalurkan Ke LCS

12 bulan lalu

Liga League of Legends Bagi Rantau Oceanic Ditamatkan- Pemain Akan Disalurkan Ke LCS

Riot Games hari ini telah mengumumkan bahawa Oceanic Pro League (OPL) bakal dibubarkan.

Menurut Riot Games, liga tersebut tidak berjaya mencapai sasaran mereka dan mereka tidak percaya bahawa pasaran pada masa kini mampu menyokong liga tersebut. Bersama dengan itu, pejabat Riot Games di Sydney juga bakal ditutup kerana kewujudan utama mereka adalah bagi menguruskan liga tersebut.

Bagi membantu pemain di rantau tersebut, pemain OCE akan disalurkan ke liga LCS di Amerika Utara. Penempatan mereka tidak akan dikira sebagai slot import dan diuruskan sebagai pemain tempatan.

Riot Games bagaimanapun akan menganjurkan dua pusingan kelayakan bagi OCE untuk kejohanan MSI dan WOrlds 2021 bagi membolehkan rantau tersebut mempunyai wakil di dua kejohanan utama League of Legends tersebut.