Valorant

Icebox Adalah Peta Ke-5 Valorant Yang Bertemakan Tundra

6 bulan lalu

Icebox Adalah Peta Ke-5 Valorant Yang Bertemakan Tundra

Walaupun pada awalnya Riot Games merancang hanya untuk melancarkan peta baharu bagi Valorant pada episod kedua kelak, keluhan pemain yang terasa permainan acap terulang kerana kekurangan peta permainan menyebabkan Riot Games mengubah pelan mereka dan kini bakal memperkenalkan peta kelima permainan bersama-sama dengan babak ketiga episod pertama yang akan tiba tidak lama lagi.

Musim kompetitif Valorant dibahagikan kepada episod dengan setiap episod terbahagi kepada 3 babak. Setiap babak ini akan berlangsung selama 2 bulan.

Bertemakan iklim tundra, peta kelima ini dinamakan sebagai Icebox. Daripada video acah yang diperlihatkan, peta ini mempnyai beberapa aspek baharu berbeza dengan peta sedia ada seperti hadirnya jambatan menghubungkan bangunan dan garisan zip melintang.

Babak ketiga bagi episod pertama Valorant dijangka akan tiba pada 14 Oktober ini. Selain daripada peta baharu ini, Riot Games juga dijangka akan memperkenalkan agen baharu permainan. Babak ke-3 itu juga akan menetapkan semula ranking para pemain.