PUBG Mobile

Team Secret Adalah Juara PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Musim Kedua

5 bulan lalu

Team Secret Adalah Juara PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Musim Kedua

Mengekalkan prestasi cemerlang dari musim tetap liga, Team Secret berjaya menamatkan pusingan akhir liga dengan menjadi juara keseluruhan, membawa pulang hadiah berjumlah USD15,000.

Berlangsung pada 25 sehingga 27 September lalu, Team Secret merampas kejuaraan daripada pasukan Yoodo Gank, juara bertahan dari musim lalu yang kini terpaksa berpuas hati di tempat kedua musim ini.

Tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik pasukan Team SMG dan Geek Fam. Oleh kerana Team Secret dan Yoodo Gank telah memperoleh slot untuk menghadiri PMPL SEA Finals Musim ke-2, dua slo yang ditawarkan kepada PMPL MY/SG telah dianugerahkan kepada Team SMG dan Geek Fam.

PMPL MY/SG Musim Ke-2 ini menjadi salah sebuah liga esukan tempatan terpopular dengan memperoleh jumlah pneonton serentak seramai 111,440 orang pada musim tetap dan seramai 94,353 pada pusingan akhir liga.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *