CSGO

Bahagian Pertama Siasatan ESIC Dapati 37 Jurulatih Terlibat Di Dalam Kes Salahguna Pepijat CS:GO

2 bulan lalu

Bahagian Pertama Siasatan ESIC Dapati 37 Jurulatih Terlibat Di Dalam Kes Salahguna Pepijat CS:GO

Lanjutan daripada kes penyalahgunaan pepijat jurulatih (Spectator Bug) CS:GO tempoh hari, Suruhanjaya Integriti Esukan (Esports Integrity Commission – ESIC) hari ini telah mendedahkan bahagian pertama bagi siasatan mereka terhadap kes tersebut.

ESIC melaporkan menerusi siasatan mereka, kes ini didapati telah berlaku bermula sekurang-kurangnya pada tahun 2017 yang lalu. ESIC pada mulanya mensasarkan bahawa mereka perlu menyiasat leih 20,000 fail demo namun selepas mendapatkan data daripada ESEA dan HLTV, jumlah demo yang perlu disiasat adalah 99650.

Pada ketika ini, hanya 20% daripada jumlah tersebut telah diselidiki mereka. Hasil siasatan mereka pada ketika ini, ESIC mendapati 37 individu terlibat di dalam kes ini. Antara yang terlibat adalah Twista, RobbaN, Loord, pita, guerri, Apoka, casle, Rejin, nook, rikz, fuRy, Solaar, F_1N, ToH1o, Andi, pepik, B1GGY, chrille, starix, ave, rosey, LMBT_R, FeTiSh, miNir0x, pNshr dan ruggah.

ESIC juga menyatakan bahawa hukuman bagi tiga jurulatih yang telah ditangkap sebelum ini telah diubah mengikut kepada hasil siasatan terkini. Kesemua jurulatih yang terlibat, pasukan, perlawanan dan hukuman boleh dibaca di fail pdf yang dimuat-naik oleh ESIC di pautan ini. Hukuman tertinggi telah dikenakan kepada MechanoGun (“zoneR”) yang dihukum pengantungan 36 bulan.

Kaedah pengiraan hukuman pula boleh dibaca di pautan ini. Akhir sekali, ESIC mensasarkan bahawa mereka hanya perlu mengeluarkan sebuah lagi kenyataan sahaja (bahagian kedua) pada akhir Oktober depan berkaitan dengan kes ini. Beberapa organisasi dan jurulatih yang terlibat telah mengeluarkan kenyataan masing-masing berkaitan dengan kes ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments