Valorant

Valorant Umum First Strike, Siri Kejohanan Pertama Anjuran Riot Games Sendiri

7 bulan lalu

Valorant Umum First Strike, Siri Kejohanan Pertama Anjuran Riot Games Sendiri

Riot Games sebelum ini telah mengumumkan Ignition Series, iaitu siri kejohanan Valorant yang dianjurkan oleh pihak penganjur ketiga bagi memulakan arena esuukan permainan tersebt secara natural.

Lanjutan daripada perkara tersebut, Riot Games kini mengumumkan First Strike, iaitu siri kejohanan Valorant yang akan dianjurkan oleh mereka sendiri. Pusingan kelayakan rantau bagi siri kejohanan ini akan dimulakan pada separuh kedua bulan Okotober depan.

Selepas itu, kejohanan akan diakhiri dengan pusingan akhir yang akan dijalankan di rantau-rantau utama iaitu Amerika Utara, Eropah, CIS, Turki, Asia, Oceania, Brazil, dan Timur Tengah. Pusingan akhir ini akan diadakan bermula pada 3 sehingga 6 Disember.

Maklumat lanjut berkaitan dengan kejohanan ini akan didedahkan menjelang bermulanya pusingan kelayakan kelak.