League of Legends

Youtube Dan Riot Games Bekerjasama Tawar Hadiah Dalam Permainan Bagi Penonton Kejohanan Worlds 2020

1 bulan lalu

Youtube Dan Riot Games Bekerjasama Tawar Hadiah Dalam Permainan Bagi Penonton Kejohanan Worlds 2020

Dalam masa tempoh kurang 24 jam sahaja lagi kejohanan League of Legends World Championship 2020 bakal membuka tirai di Shanghai, China.

Bagi menarik lebih ramai peminat dan pemain menonton acara tersebut, Youtube Gaming dan League of Legends telah mengumumkan mereka telah bekerjasama untuk menawarkan hadiah dalam permainan kepada para penonton di laman tersebut.

Para pemain kini boleh memaut akaun Riot Games mereka di Youtube bagi mengaktifkan fungsi ini. Namun begitu seperti biasa, pemain di Asia Tenggara tidak terlibat di dalam acara ini kerana penggunaan akaun Garena dan bukannya akaun Riot Games pada permainan League of Legends di rantau ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments