PUBG Mobile

Tencent Tawar Perodua Myvi Kepada Penonton Siaran Akhir PMPL MY/SG Season 2

5 bulan lalu

Tencent Tawar Perodua Myvi Kepada Penonton Siaran Akhir PMPL MY/SG Season 2

Peringkat terakhir bagi PUBG MOBILE Pro League (PMPL) MY/SG Season 2 akan berlangsung pada 25 sehingga 27 September ini dan dengan hanya menonton siaran rasmi kejohanan, para peminat berpeluang untuk memenangi Perodua Myvi.

Tencent sebagai penganjur memaklumkan bahawa menerusi program ‘Viewers Milestone Giveaway’ mereka, semakin ramai jumlah penonton serentak yang diperoleh, semakin tinggi nilai hadiah yang ditawarkan kepada penonton. Berikut adalah jadual yang telah dihasilkan oleh Tencent mengenai program tersebut:

Jumlah Penonton SerentakHadiah
100,000 penontonPoster PMWL S0 (50 pemenang)
130,000 penontonKad Hadiah RM50 Google Play / iOS (30 pemenang)
Powerbank Aukey (10 pemenang)
160,000 penontonApple AirPods Pro(10 pemenang)
Kerusi Gaming (5 pemenang)
200,000 penontonIphone SE (4 pemenang)
Iphone 11 Pro Max (1 pemenang)
250,000 penontonPerodua Myvi 1.3L X Automatic (1 pemenang)

Nilai sasaran ini ditetapkan oleh Tencent berdasarkan kepada jumlah penonton serentak yang diperoleh mereka sepanjang siaran musim tetap liga iaitu 120,000 penonton.

Pada peringkat akhir liga ini, sebanyak 16 pasukan akan berentap untuk menjadi juara liga dan memperoleh slot untuk menyertai PMPL SEA Finals Season 2. Berikut adalah keputusan akhir musim tetap liga:

  1. Team Secret – 760 mata
  2. J8 Esports – 627mata
  3. AXIS NRL MPX – 617mata
  4. Team SMG – 582mata
  5. TRX Elementus – 581mata
  6. Geek Fam – 565mata
  7. Damansara Esports – 554mata
  8. Resurgence – 550 mata
  9. Yoodo GANK – 549 mata
  10. NED Brotherhood – 543 mata
  11. Dingoz MZ – 515 mata
  12. Marlino – 459 mata
  13. EVOS VIP – 451 mata
  14. EZZY LX – 428 mata
  15. Team Bosskurr – 416 mata
  16. Team No Recoil – 413 mata

Namun begitu bagi peringkat akhir ini nilai mata yang diperoleh pada musim tetap ini tidak akan digunakan. Pasukan akan diberikan peluang sama rata untuk mara ke perlawanan akhir. PMPL SEA Finals Season 2 menawarkan 4 slot kepada liga MY/SG dengan dua slot telah diberikan kepada pasukan Yoodo GANK yang menjadi juara SEA Finals Season 1 dan Team Secret yang menjadi pasukan pertama di musim tetap liga.

Baki dua lagi slot akan menjadi milik juara dan naib juara peringkat akhir PMPL MY/SG Season 2 ini. Sekiranya Yoodo GANK atau Team Secret menjadi pemenang, slot akan dianugerahkan kepada pasukan terbaik selepas mereka.

Siaran langsung PMPL MY/SG Season 2 boleh ditonton di laman Facebook PUBG Mobile Malaysia di pautan facebook.com/PUBGMOBILE.MY.OFFICIAL/.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments