PUBG Mobile

Lagu Dari Album Terbaru BLACKPINK Kini Menjadi Muzik Latar Di Lobi PUBG Mobile

12 bulan lalu

Lagu Dari Album Terbaru BLACKPINK Kini Menjadi Muzik Latar Di Lobi PUBG Mobile

PUBG Mobile dan BLACKPINK telah sedia diumumkan saling menjalinkan kerjasama di dalam permainan mudah alih popular tersebut baru-baru ini.

Bermula hari ini, lagu pra-lancar dari album terbaru mereka ‘The Album’ iaitu ‘How You Like That’ telah dijadikan sebagai muzik latar pada lobi permainan tersebut. Apabila album terbaru mereka dilancarkan pada 02 Oktober depan, muzik latar ini akan diubah kepada lagu utama album terbaru mereka itu.

Selain daripada itu, BLACKPINK dan PUBG Mobile juga dilaporkan akan hadir dengan video khas bersama-sama. Para pemain juga akan boleh mendapatkan item khas bertemakan BLACKPINK di dalam permainan.