League of Legends

EGG Network Akan Menyiarkan Kejohanan League of Legends World Championship 2020 Secara Langsung Bermula Esok

1 bulan lalu

EGG Network Akan Menyiarkan Kejohanan League of Legends World Championship 2020 Secara Langsung Bermula Esok

Kejohanan League of Legends World Championship 2020 akan bermula secara rasmi pada esok dengan pusingan play-in.

Kejohanan esukan terbesar tersebut akan mempertandingkan pasukan-pasukan dari seluruh dunia bagi merebut gelaran pasukan League of Legends terbaik musim ini.

Bagi anda yang mahu menonton acara ini namun mempunyai masalah talian internet atau tidak mahu menonton secara dalam talian, usah risau kerana saluran memfokuskan kepada permainan iaitu EGG Network oleh Astro akan menyiarkannya secara langsung.

Sumber: EGG Network

Bagi pusingan play-in, perlawanan pada tarikh 25 sehingga 28 September ini, siaran akan bermula pada pukul 4 petang setiap hari. Bagi perlawanan pada 29 sehingga 30 September pula, siaran akan bermula pada pukul 2 petang.

EGG Network juga akan menyiarkan acara utama kejohanan namun masih belum mempunyai jadual siaran pada ketika ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments