Mobile Legends

Kemaskini Project Next Bagi Mobile Legends Kini Dilancarkan Kepada Umum

1 bulan lalu

Kemaskini Project Next Bagi Mobile Legends Kini Dilancarkan Kepada Umum

Para pemain Mobile Legends Bang Bang kini boleh mengemaskini permainan mereka hari ini untuk menikmati beberapa pembaharuan yang hadir bersama-sama dengan Project Next.

Di dalam kemaskini ini, Moonton telah memperbaharui beberapa hero sedia ada seperti Miya, Saber, Alucard dan beberapa yang lainnya. Ia juga hadir dengan kemaskini terhadap rekaan bagi gambar-gambar hero, rekaan dan animasi mereka.

Kesan efek di dalam permainan juga telah ditambah baik, menjadikan pertarungan lebih menarik. Penambahbaikan kesan efek ini turut merangkumi peta permainan, termasuklah animasi seperti pada turret semasa ia dimusnahkan. Kemaskini ini juga adalah fasa pertama dibawah Project Next ini, dimana lebih banyak perubahan dan penambahbaikan akan dibawakan pada masa akan datang.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments