Liga Overwatch

Chengdu Hunters Tidak Lagi Dikendalikan Oleh Royal Never Give Up

5 bulan lalu

Chengdu Hunters Tidak Lagi Dikendalikan Oleh Royal Never Give Up

Selepas dua musim bersama, pasukan Liga Overwatch Chengdu Hunters mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan diuruskan oleh organisasi esukan Royal Never Give Up (RNG).

Ketika menyertai liga dua tahun yang lalu, Huya iaitu pemilik kepada pasukan tersebut telah memeterai kerjasama dengan RNG bagi menguruskan pasukan tersebut, meminjam kepakaran sedia ada organisasi esukan itu di dalam arena esukan.

Chengdu Hunters menjelaskan bahawa perbezaan dalam menentukan hala tuju pasukan menjadi sebab utama keputusan ini dibuat. Namun begitu, mereka berterima kasih terhadap RNG sepanjang tempoh mereka bersama.

Chengdu Hunters menamatkan musim tetap liga 2020 di tempat ke-14 dan menamatkan pusingan kalah mati bagi bahagian Asia di tempat 5/6, menjadikan musim kedua mereka di dalam liga sekali lagi berakhir dengan keputusan yang mengecewakan.

Mereka juga telah mengumumkan beberapa perubahan di dalam barisan pasukan bagi menghadapi musim hadapan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments