Epic Games Riot Games

Selepas Mengharamkan TikTok Dan WeChat, Amerika Syarikat Kini Dilaporkan Menyiasat Epic Games dan Riot Games

7 bulan lalu

Selepas Mengharamkan TikTok Dan WeChat, Amerika Syarikat Kini Dilaporkan Menyiasat Epic Games dan Riot Games

Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bakal mengharamkan TikTok dan WeChat bermula 20 September ini, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kini dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap Epic Games dan juga Riot Games.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dilaporkan telah menghantar surat kepada syarikat yang terhubung dengan Tencent, meminta mereka menghantar data berkaitan dengan protokol keselamatan syarikat mereka.

Tencent mempunyai pegangan sebesar 40 peratus pada Epic Games dan memiliki Riot Games sepenuhnya. Dengan alasan bahawa syarikat gergasi China tersebut mengumpul data berkaitan dengan pengguna di Amerika Syarikat, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat terus memperkasakan usaha mereka, dalam peperangan perdagangan bersama dengan China ini.

Selain daripada Epic Games dan Riot Games, Tencent mempunyai pegangan di dalam syarikat permainan lainnya seperti Supercell, Marvelous, Bluehole, Netmarble, Frontier, Activision Blizzard, Ubisoft dan Paradox.

Sumber: EuroGamer