League of Legends

Lagu Tema Worlds 2020 ‘Take Over’ Dilancarkan

1 bulan lalu

Lagu Tema Worlds 2020 ‘Take Over’ Dilancarkan

Kejohanan League of Legends World Championhsip 2020 akan bermula dalam masa seminggu sahaja lagi dan seperti biasa, Riot Games kini hadir dengan lagu tema bagi kejohanan itu.

Diberi judul ‘Take Over’, lagu ini dipersembahkan oleh Jeremy McKinnon (A Day To Remember), MAX, dan Henry Lau. Muzik video lagu ini juga dihiasi animasi bertemakan League of Legends, dibarisi watak pemain profesional seperti Faker.

Kejohanan Worlds 2020 akan bermula dengan pusingan play-in pada 25 September ini. Liga bagi rantau Asia Tenggara iaitu PCS diwakili oleh pasukan Machi Esports dan PSG Talon.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments