Fortnite

Fungsi Ray Tracing Kini Hadir Bagi Fortnite Di PC

2 bulan lalu

Fungsi Ray Tracing Kini Hadir Bagi Fortnite Di PC

Para pemain Fortnite di platform PC kini boleh mengaktifkan fungsi ray tracing bermula pada hari ini.

Tetapan tersebut boleh diaktifkan bagi para pemain yang mempunyai kad grafik Nvidia dan DirectX12. Fungsi ray tracing ini membawakan efek pencahayaan, pantulan dan bayang yang lebih nyata bagi permainan tersebut. Berikut adalah contoh perbezaan selepas ray tracing diaktifkan:

Selain daripada itu, Fortnite juga turut hadir dengan fungsi Nvidia DLSS dan mod Reflex. Melalui DLSS, pemain boleh mendapatkan resolusi gambar yang lebih jelas tanpa menjejaskan prestasi permainan. Terdapat tiga tetapan yang boleh dipilih bagi DLSS iaitu Quality, Balanced dan Performance.

Reflex pula merupakan mod terbaru oleh Nvidia yang boleh membantu memberikan masa pendam atau latensi yang rendah pada permainan. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan dan menggunakan fungsi ray tracing pada Fortnite:

  1. Pasang kemaskini Windows 10 Mei 2020 (atau kemaskini lebih baru).
  2. Pasang Driver v455 bagi kad grafik RTX anda.
  3. Buka menu tetapan (Esc > Settings) di dalam permainan.
  4. Tatal ke bahagian ‘Advanced Settings’ dan tukar versi DirectX kepada DirectX 12.
  5. DLSS pula terletak di bawah bahagian ‘Advanced Settings’ dan mempunyai tiga mod iaitu: Quality, Balanced, dan Performance.
  6. Aktifkan tetapan ‘Ray Tracing‘ dan efek yang dikehendaki anda.
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments