Dota 2

Immortal Treasure III Kini Hadir – Battle Pass Dota 2 Dilanjutkan Selama 3 Minggu

1 bulan lalu

Immortal Treasure III Kini Hadir – Battle Pass Dota 2 Dilanjutkan Selama 3 Minggu

Para pemilik battle pass bagi kejohanan Dota 2 The International 10 kini boleh menebus hadiah masing-masing dengan tibanya Immortal Treasure III hari ini.

Immortal Treasure III membawakan item kosmetik baharu bagi Pugna, Clockwerk, Oracle, Treant, Gyrocopter dan Lich. Selain daripada itu, stiap kotak yang ditebus juga menawarkan hadiah tambahan seperti tahap battle pass, item terhad lainnya.

Disamping itu, bersama-sama dengan pelancaran Immortal Treasure III ini juga akan berita tentang pelanjutan tempoh battle pass hasil penangguhan beberapa perkara semasa tempoh pelaksanaan battle pass ini. Tarik tamat baharu adalah pada 10 Oktober depan.

Keputusan bagi undian arcana diantara Spectre dan Faceless Void juga akan diumumkan pada tarikh tersebut.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments