Rocket League

Rocket League Boleh Dimainkan Secara Percuma Bermula Pada 23 September Depan

2 minggu lalu

Rocket League Boleh Dimainkan Secara Percuma Bermula Pada 23 September Depan

Dua bulan lalu, Psyonix mengumumkan bahawa permainan Rocket League bakal meninggalkan Steam dan hadir ke gedung Epic Games Store. Ketika itu juga, Psyonix mendedahkan bahawa Rocket League akan bertukar kepada model permainan percuma untuk dimainkan.

Hari ini, peralihan menjadi permainan percuma tersebut didedahkan akan berlangsung pada 23 September ini (11 malam MST). Pada kemaskini terbaru Rocket League hari ini, pemain sedia ada kini boleh bersedia menerima perubahan baharu ini dengan memaut akaun Epic Games di tetapan permainan.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pemain sedia ada akan menerima status legasi dan menerima item unik sebagai pembeli asal permainan.

Pada 23 September depan, Rocket League juga secara rasminya akan ditawarkan di gedung permainan Epic Games Store. Para pengguna yang menambah masuk Rocket League ke pustaka permainan mereka dalam tempoh 23 September sehingga 23 Oktober depan juga akan menerima kupon Epic Games Store bernilai USD10.

Perkara lain yang akan tiba bersama-sama dengan pelancaran ini pada 23 September depan adalah Rocket Pass musim pertama, fungsi kejohanan kompetitif, sokongan Epic Games Store ‘Support A Creator’ , fungsi cabaran di dalam permainan dan acara ‘Llama-Rama’.

Layari: Rocket League di Epic Games Store
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments