League of Legends

Keputusan Pembahagian Kumpulan Bagi Kejohanan League of Legends Worlds 2020

2 minggu lalu

Keputusan Pembahagian Kumpulan Bagi Kejohanan League of Legends Worlds 2020

Semalam telah berlangsungnya acara pembahagian kumpulan bagi kejohanan League of Legends World Championship 2020.

Pembahagian kumpulan ini melibatkan peringkat play-in dan juga peringkat kumpulan acara utama kejohanan. Bagi peringkat play-in, 10 pasukan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, bersaing dalam format tanding padan gilir dengan dua pasukan teratas mara ke acara utama. Dua lagi pasukan kemudiannya akan mara ke acara utama selepas melalui pusingan kalah mati.

Berikut adalah keputusan pembahagian kumpulan bagi peringkat play-in:

Foto: Riot Games

Bagi peringkat kumpulan acara utama Worlds 2020 pula, 16 pasukan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pasuukan akan bertanding menggunakan format tanding padan gilir berganda dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati kejohanan.

Berikut adalah keputusan pembahagian kumpulan, peringkat kumpulan acara utama:

Foto: Riot Games

Kejohanan League of Legends World Championship 2020 akan berlangsung bermula pada 3 Oktober ini berlanjutan sehingga 31 Oktober. Ia akan dianjurkan di Shanghai, China.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments