Wild Rift

Beta Tertutup League of Legends: Wild Rift Akan Bermula Pada 18 September Ini Di Malaysia

3 bulan lalu

Beta Tertutup League of Legends: Wild Rift Akan Bermula Pada 18 September Ini Di Malaysia

Selepas melakukan ujian alfa terhad tempoh hari untuk permainan League of Legends: Wild Rift, Riot Games kini telah bersedia untuk mara ke peringkat selanjutnya iaitu ujian beta tertutup, melibatkan lebih ramai pemain lagi.

Oleh yang demikian bermula hari ini, ujian beta tertutup tersebut akan bermula bagi pemain di Asia Tenggara. Bermula hari ini, pemain terpilih di Indonesia yang telah melakukan pra-daftar boleh mengakses permainan tersebut, diikuti dengan pemain di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Thailand bermula pada 18 September.

Ujian beta tertutp ini akan berlanjutan bagi tempoh beberapa minggu. Proses pemilihan pemain adalah secara rawak bagi mereka yang telah mendaftar. Ujian beta tertutup ini akan memfokuskan kepada platform Android namun sebilangan kecil pengguna iOS juga akan terlibat.

Berikut adalah keperluan minimum bagi menjalankan Wild Rift di peranti pintar anda:

Android

  • CPU: 4-teras, 1.5 Ghz dan ke-atas (32-Bit or 64-bit)
  • RAM: 1.5G
  • Resolusi: 1280×720

iOS

  • iPhone 7 dan ke-atas.

Bagi anda yang belum melakukan pra-daftar, anda boleh melakukannya di Google Play Store untuk peranti Android dan di laman web rasmi Wild Rift untuk peranti iOS.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments