Penstriman

Twitch Mulai Menguji Iklan Automatik Di Pertengahan Strim

2 minggu lalu

Twitch Mulai Menguji Iklan Automatik Di Pertengahan Strim

Laman penstriman popular Twitch hari ini mendedahkan bahawa mereka telah memulakan sebuah eksperimen baharu pada bulan September ini.

Melalui eksperimen ini, Twitch akan mulai menyiarkan iklan pada pertengahan strim secara automatik. Sebelum ini, penstrim mengawal iklan pertengahan strim mereka secara manual mengikut kehendak mereka sendiri.

Walapun tidak lagi dikawal penstrim, mereka masih akan menerima bayaran siaran iklan seperti biasa. Twitch turut mendedahkan bahawa semasa iklan bersiaran, tetingkap strim akan kekal bersiaran tetapi lebih kecil dan bisu di sudut.

Para pengguna dan penstrim bagaimanapun dilihat tidak gembira dengan keputusan Twitch ini.


Kemaskini 18 September: Twitch kini telah menamatkan eksperimen ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments