Liga Call of Duty

Musim Ke-2 Liga COD Akan Dimainkan Mengunakan PC Dan Alat Kawalan

2 minggu lalu

Musim Ke-2 Liga COD Akan Dimainkan Mengunakan PC Dan Alat Kawalan

Dallas Empire menjulang trofi kejuaraan musim pertama bagi Liga Call of Duty pada akhir bulan Ogos lalu. Dengan tamatnya musim sulung tersebut, penganjur mulai mengumumkan perubahan yang bakal hadir bagi musim kedua kelak.

Pertama sekali, musim kedua kelak bakal bertukar format dari permainan 5 lawan 5 kepada 4 lawan 4 orang pemain, format asal yang digunakan siri permainan tersebut dahulu.

Terkini, Activison mengumumkan sebuah lagi perubahan pada liga iaitu penggunaan platform PC sebagai platform rasmi kejohanan. Namun begitu, pemain tidak akan menggunakan tetikus dan papan kekunci sebaliknya kekal menggunakan alat kawalan. Menurut mereka, perubahan ini membolehkan pemain mempunyai lebih banyak pilihan alat kawalan (yang dibenarkan liga) untuk bermain.

Akhir sekali, Activision turut mengumumkan bahawa acara Call of Duty Challengers dalam talian akan membenarkan pemain menggunakan platform pilihan mereka sama ada PC mahupun konsol. Namun begitu, acara LAN bagi Challengers akan menggunakan PC dan alat kawalan.

Acttivion akan memantau perubahan platform ini dan akan hadir dengan tetapan khas sekiranya perlu.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments