Valorant (Project A)

Epulze Umum Valorant Royal SEA Cup Sebuah Lagi Acara Ignition Series Bagi Asia Tenggara

2 minggu lalu

Epulze Umum Valorant Royal SEA Cup Sebuah Lagi Acara Ignition Series Bagi Asia Tenggara

Valorant Ignition Series adalah siri kejohanan pemula yang diumumkan oleh Riot Games bagi membangunkan arena esukan Valorant. Siri kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama bersama pihak penganjur keiga di serata dunia.

Terkini, Riot Games dan Epulze telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah lagi kejohanan dibawah siri ini untuk pemain di Asia Tenggara iaitu Valorant Royal Cup.

Menawarkan hadiah sebesar USD25,000, Valorant Royal Cup akan dianjurkan bermula pada 21 sehingga 27 September depan melibatkan 16 pasukan. 12 Pasukan akan menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut dan 4 lagi pasukan akan mara dari pusingan kelayakan terbuka yang akan dilakukan pada 19 dan 20 September.

Senarai pasukan jemputan dan para personaliti siaran akan diumumkan tidak lama lagi oleh Epulze.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments