Wild Rift

Pengguna iOS Kini Boleh Mendaftar Minat Untuk Menyertai Ujian Bagi League of Legends: Wild Rift

3 bulan lalu

Pengguna iOS Kini Boleh Mendaftar Minat Untuk Menyertai Ujian Bagi League of Legends: Wild Rift

Jika anda tertarik untuk memainkan permainan League of Legends: Wild Rift dan mempunyai peranti iOS, anda kini boleh mendaftar minat untuk menyertai fasa ujian akan datang permainan tersebut.

Proses pendaftaran ini boleh dilakukan di laman web rasmi Wild Rift dengan memasukkan email dan perincian peribadi anda. Sekiranya terpilih, anda akan menerima email kelak dengan maklumat untuk menyertai ujian tersebut. Pada ketika ini, tiada sebarang tarikh rasmi diumumkan mengenai pelaksanaan ujian ini.

Untuk makluman, Wild Rift hanya boleh dimainkan pada peranti iPhone 6 dan keatas sahaja. Bagi pemilik peranti Android pula, anda telah sedia boleh melakukan pradaftar di gedung Google Play Store.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments