Esukan

Layerth Hadir Dengan Aplikasi Tether, Memudahkan Penganjur Dan Penstrim Bekerjasama Siar Kejohanan

2 bulan lalu

Layerth Hadir Dengan Aplikasi Tether, Memudahkan Penganjur Dan Penstrim Bekerjasama Siar Kejohanan

Jika anda sering menonton kejohanan Dota 2, anda pasti sudah tidak asing lagi dengan Layerth, iaitu syarikat yang membantu para penganjur menambahbaik siaran kejohanan mereka dengan pelbagai fungsi tambahan, seperti statistik, ikon, pemasa Roshan dan banyak lagi.

Terkini, Layerth hari ini mengumumkan sebuah program baharu yang telah dihasilkan mereka iaitu Tether. Baru-baru ini, Valve telah menyentuh isu penyiaran kejohanan Dota 2 melalui DotaTV dan mengumumkan bahawa pihak penganjur dan penstrim individu perlu bekerjasama dengan pihak penganjur menyediakan keperluan-bukan-kewangan kepada penstrim seperti grafik penaja dan lengah masa siaran bagi mereka sama-sama menyiarkan sesebuah kejohanan.

Ini adalah bagi membolehkan kedua-dua pihak saling memperoleh kebaikan dan tidak menerima kerugian hasil ‘kecurian’ penonton. Penstrim juga wajib menyiarkan iklan-iklan penganjur bagi mengelakkan mereka kerugian.

Program Tether oleh Layerth ini adalah bagi memudahkan proses kerjasama oleh kedua-dua pihak tersebut. Melalui Tether, pihak penganjur boleh mengedar dan mengemasini ‘overlay‘ kejohanan dan kesemua penstrim pihak ketiga akan menerima kemaskini secara automatik.

Sumber: Layerth

Program ini juga tersedia dengan statistik memudahkan para penganjur menggunakan statistik siaran tersebut bagi menarik lebih ramai penaja. Dengan ini, proses kerjasama ini menjadi lebih kemas dan mudah bagi kesemua pihak terlibat.

Paparan ‘mockup’ papan pemuka editor Tether – Sumber: Layerth

Pada ketika ini, Tether hanya menyokong permainan Dota 2 dan laman penstriman Twitch sahaja namun ia akan menerima kemaskini kelak bagi menambah sokongan permainan dan laman penstriman lainnya.

Layari: Tether oleh Layerth

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments