Rainbow Six Siege

Ubisoft Mengumumkan Penganjuran Edisi Pertama Piala Dunia Rainbow Six

11 bulan lalu

Ubisoft Mengumumkan Penganjuran Edisi Pertama Piala Dunia Rainbow Six

Ubisoft hari ini mendedahkan bahawa mereka untuk pertama kalinya bakal menganjurkan Piala Dunia Rainbow Six (Rainbow Six World Cup) pada musim panas 2021 kelak.

Para pemain permainan Rainbow Six Seige dari 45 negara dan rantau seluruh dunia bakal bertanding bagi merebut piala dunia pertama permainan tersebut. Ini adalah kali pertama kejohanan berasaskan negara dianjurkan dibawah ekosistem esukan Rainbow Six, membolehkan para pemain mewakili negara masing-masing di pentas dunia.

Sebanyak 20 pasukan negara akan bertanding di pusingan akhir piala dunia ini. 14 daripada 20 pasukan tersebut akan menerima jemputan terus oleh pihak penganjur. 31 negara pula akan melalui pusingan kelayakan rantau, yang dibahagikan kepada 6 rantau utama, dengan setiap rantau tersebut menawarkan 1 slot ke pusingan akhir kejohanan. Pusingan kelayakan ini akan diadakan pada awal tahun 2021 depan.

Berikut adalah grafik memaparkan format kejohanan.