CSGO

Sekurang-kurangnya 15 Lagi Jurulatih Dilaporkan Terlibat Dalam Kes Salahguna Pepijat CS:GO

2 bulan lalu

Sekurang-kurangnya 15 Lagi Jurulatih Dilaporkan Terlibat Dalam Kes Salahguna Pepijat CS:GO

Tempoh hari, 3 orang jurulatih telah dihukum oleh ESIC dan ESL selepas ditangkap menyalahguna pepijat pada fungsi jurulatih di klien permainan CS:GO.

Terkini, menurut artikel dari DBLTAP melalui beberapa sumber mereka berkata bahawa siasatan oleh ESIC mendapati terdapat sekurang-kurangnya 15 lagi jurulatih terlibat di dalam kes ini. Menurut mereka lagi, jumlah ini dijangka akan meningkat lagi selepas ini.

Pada ketika ini, selain daripada 3 jurulatih yangt telah menerima hukuman oleh ESIC, tiada jurulatih tambahan telah dikenakan hukuman. Walaubagaimanapun, beberapa jurulatih telah tampil mengakui mereka telah menggunakan pepijat jurulatih berkenaan seperti Aset ‘⁠Solaar⁠’ Sembiyev, Faruk ‘pita⁠’ Pita, Allan ‘⁠Rejin⁠’ Petersen, Ivan ‘F_1N⁠’ Kochugov, Arthur ‘prd⁠’ Resende, dan Peter ‘⁠casle⁠’ Sørensen.

Kesemua mereka masih tidak menerima hukuman selain daripada beberapa yang telah dihukum organisasi pasukan mereka sendiri. Menurut Michal Slowinski iaitu salah seorang pengadil yang terlibat dalam siasatan kes ini, hukuman akan mulai diberikan selepas tamat tempoh ‘pengakuan sendiri’ yang diumumkan oleh ESIC tempoh hari iaitu bermula pada minggu hadapan.

Valve juga pada kenyataan terbaru mereka telah berkata bahawa mereka sedang menunggu selesainya siasatan sebelum memberikan kenyataan lanjut berhubung dengan kes ini.

Sumber: DBLTAP

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments