Penstriman

Ninja Kembali Strim Di Twitch Dengan Perjanjian Eksklusif Berbilang Tahun

8 bulan lalu

Ninja Kembali Strim Di Twitch Dengan Perjanjian Eksklusif Berbilang Tahun

Selepas berdiam diri untuk seketika, Richard Tyler Blevins atau lebih dikenali sebagai Ninja kini sah akan kembali ke laman Twitch sebagai laman penstriman eksklusif beliau.

Twitch dan Ninja mengumumkan perkara melalui laman Twitter mereka dengan sebuah video pendek khas. Menurut laporan, Ninja telah menandatangani kontrak eksklusif berbilang tahun bersama dengan Twitch.

Twitch merupakan laman penstriman yang menjadikan beliau penstrim paling popular bersama dengan permainan Fortnite. Beliau kemudiannya meninggalkan Twitch pada tahun 2019 dan menandatangani kontrak eksklusif bersama dengan Mixer sehinggalah laman tersebut ditutup pada bulan Jun lalu.

Ikuti: Ninja di Twitch