Dota 2

lagi Kejohanan Dota 2 Di Eropah Dengan Pengumuman OGA Dota Pit Musim Ke-3 EU/CIS

2 bulan lalu

lagi Kejohanan Dota 2 Di Eropah Dengan Pengumuman OGA Dota Pit Musim Ke-3 EU/CIS

Sebagai antara rantau paling kompetitif dan rumah kepada beberapa pasukan Dota 2 paling popular di dunia, Eropah kini dipersembahkan dengan sebuah lagi kejohanan iaitu AMD Sapphire OGA Dota Pit Musim Ke-3.

Bermula pada 20 sehingga 26 September depan (waktu tempatan), kejohanan ini akan menawarkan hadiah sebesar USD175,000 mempertandingkan pasukan terbaik di Eropah dan CIS. Sebanyak 6 pasukan telah menerima jemputan terus ke acara utama kejohanan iaitu Team Nigma, VP.Prodigy, Team Secret, Team Liquid, OG dan Alliance.

Empat lagi pasukan iaitu FlyToMoon, 5men, Vikin.gg dan Ninjas in Pyjamas pula dijemput untuk ke pusingan kelayakan tertutup. Dua pasukan terbaik kemudiannya akan menyertai pasukan jemputan di acara utama kejohanan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments