CSGO

Kejohanan CS:GO ESL One Rio Major Sah Dibatalkan

2 bulan lalu

Kejohanan CS:GO ESL One Rio Major Sah Dibatalkan

Selepas hadir membicarakan perancangan mereka mengenai arena kompetitif Dota 2 tempoh hari, Valve hari ini tampil untuk melakukan perkara yang sama bagi permainan Counter-Strike: Global Offensive.

Melalui kenyataan yang dimuat-naik di laman blog rasmi permainan, Valve mengesahkan bawah penganjuran kejohanan bertaraf major ESL One Rio 2020 yang dijadualkan berlangsung pada November depan, kini telah dibatalkan. Valve berkata bahawa mereka tidak mahu para peminat dan pemain merisikokan kesihatan mereka menghadiri kejohanan tersebut ketika pandemik COVID-19 masih lagi memberi ancaman kepada ramai.

Selain daripada itu, Valve turut memaklumkan sebarang kejohanan bertaraf major tidak akan dianjurkan sehinggalah sekurang-kurangnya kejohanan LAN penentuan bagi major (Regional Major Ranking – RMR) boleh dianjurkan dengan selamat.

Sehingga itu, kejohanan RMR dalam-talian akan dilaksanakan bagi memantau pasukan terbaik di setiap rantau. ESL sebagai penganjur kejohanan ESL One Rio menjanjikan bahawa kejohanan tersebut akan kembali dianjurkan usai keadaan dunia selamat dari ancaman COVID-19.

ESL bagaimanapun merancang untuk kembali melakukan acara LAN bermula pada bulan Disember depan dengan penganjuran kejohanan Intel Extreme Masters (IEM) Global Challenge 2020. Namun ia masih lagi bergantung kepada keadaaan semasa COVID-19. Mereka turut berkongsikan lebih banyak maklumat mengenai kejohanan dalam talian iaitu IEM New York 2020 dan IEM Beijing-Haidian 2020. Berikut adalah kalendar semasa ESL CSGO:

IEM New York 2020

  • 6 – 25 Oktober (Waktu Tempatan)
  • Melibatkan rantau Eropah, Amerika Utara dan CIS
  • 32 Pasukan & Hadiah USD250,000

IEM Beijing-Haidian 2020

  • 06 – 22 November
  • Melibatkan rantau Eropah, Amerika Utara, Oceania dan Asia
  • 32 Pasukan & Hadiah USD250,000

IEM Global Challenge 2020

  • 15 – 20 Disember, Cologne Jerman
  • 8 Pasukan jemputan & Hadiah USD500,000

Akhir sekali, Valve di dalam kenyataan terbaru mereka turut menyentuh isu salahguna pepijat jurulatih. Valve mengakui mereka lambat bertindak kepada is pepijat tersebut dan berkata bahawa sesebuah pepijat itu diperbaiki, mereka perlu mempercayai para pemain dan jurulatih untuk jujur dan mengekalkan integriti permainan.

Oleh itu, sebarang pasukan yang ditangkap menyalahguna pepijat terbabit di acara RMR, akan dibatalkan sebarang mata RMR yang telah diterima mereka. Sebarang tindakan lanjut mengenai kes ini akan diumumkan selepas tamatnya siasatan berkaitan dengannya.

Sumber: Valve, ESL

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments