League of Legends Tempatan

Impunity Dinaikkan Ke Liga Pacific Championship Series Musim 2021 Selepas Menyingkirkan Resurgence

2 minggu lalu

Impunity Dinaikkan Ke Liga Pacific Championship Series Musim 2021 Selepas Menyingkirkan Resurgence

Menamatkan musim 2020 di kedudukan dua terbawah di Liga League of Legends Pacific Championship Series, pasukan Resurgence dan Liyab Esports terpaksa melalui pusingan kenaikan bagi memastikan mereka mampu bertanding semula untuk musim 2021.

Namun begitu, Resurgence terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas mereka tewas kepada pasukan Impunity semalam, pada perlawanan penentuan pertama pusingan kenaikan tersebut. Impunity mara ke perlawanan tersebut selepas memenangi pusingan kelayakan bagi Malaysia dan Singapura (SAM).

Sebuah lagi perlawanan penentuan akan berlangsung hari ini diantara pasukan Liyab Esports menentang pasukan Panic Time yang mara selepas memenangi pusingan kelayakan Filipina. Pemenang perlawanan penentuan kedua ini akan mara bersama-sama dengan Impunity untuk bertanding di Liga Pacific Championship Series Musim 2021.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments