Dota 2

Eyyou Kembali Bersama Pasukan Dota 2 Fnatic, Ganti Jabz

2 minggu lalu

Eyyou Kembali Bersama Pasukan Dota 2 Fnatic, Ganti Jabz

Pasukan Dota 2 Fnatic hari ini mengumumkan perubahan pada barisan pemain mereka dengan mengumumkan bahawa Nico “eyyou” Barcelon telah kembali menyertai skuad tersebut mengantikan Anucha “Jabz” Jirawong.

Pengumuman tersebut dilakukan di laman Facebook rasmi mereka. Menrut kenyataan yang dikeluarkan, keputusan ini dibuat apabila pasukan tersebut menyedari bahawa mereka kekurangan seseorang yang boleh mengetuai pasukan, selepas Daryl “iceiceice” Koh Pei Xiang berehat untuk seketika dari pasukan di kejohanan ESL One Thailand.

Ketika itu, pada mulanya tugas kapten diberikan kepada Jabz sebelum beliau menyerahkan tugas kepada DJ kerana beliau merasakan bahawa ia lebih berpatutan. Namun perubahan tersebut memerlukan DJ dan Jabz bertukar posisi. Walaupun mereka memperoleh keputusan yang baik, perbincangan selepas tamatnya kejohanan tersebut jelas memperlihatkan bahawa pasukan tersebut memerlukan pemain posisi 5 sebenar yang mampu mengalas tugas sebagai kapten pasukan.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan dan Jabz kemudiannya bersetuju untuk berpisah sebagai jalan yang terbaik. Eyyou dipilih sebagai penganti Jabz selepas menerima saranan daripada DJ, Raven dan jurulatih pasukan, SunBhie.

Fnatic Dota:

  1. Marc ” Raven” Polo Luis Fausto
  2. Moon “Moon” Kam Boon Seng
  3. Daryl “iceiceice” Koh Pei Xiang
  4. Djardel “DJ” Mampusti
  5. Nico “eyyou” Barcelon

Sumber: Fnatic

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments