Esukan Tempatan

Team SMG Umum Under Armour Sebagai Penaja Rasmi Pakaian

2 bulan lalu

Team SMG Umum Under Armour Sebagai Penaja Rasmi Pakaian

Team SMG (Still Moving Under Gunfire) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama dengan Under Armour sebagai penaja pakaian rasmi.

Dengan ini, kesemua pemain dan pasukan milik Team SMG iaitu pasukan mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Valorant mereka akan memperagakan pakaian rasmi Team SMG yang dihasilkan oleh Under Armour. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Team SMG berkata bahawa kerjasama selama 1 tahun ini akan membantu mempertingkatkan jenama mereka dan seterusnya meletakkan organisasi tersebut sebagai jenama gaya hidup pilihan untuk para pemain di Asia Tenggara.

“Kerjasama ini adalah pencapaian besar bagi kami di Team SMG”

Orrin Xu, Pengurus Besar Team SMG

“Under Armour terkenal sebagai pemula kepada pakaian dan peralatan atletik, dan pemain kami teruja untuk memakainya bagi bermain dengan selesa dan bergaya,” tambah Orrin Xu, Pengurus Besar Team SMG.

Sumber Foto: Team SMG

Yvonne Tey, Pengarah Pemasaran Asia Tenggara di Under Armor pula berkata bahawa esukan sedang meningkat naik dan menjadi lebih terkenal di Asia Tenggara.

“Jadi kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Team SMG bagi menjadi inspirasi kepada generasi atlet akan datang dan komited dalam menjadikan mereka lebih cemerlang melalui semangat, rekabentuk dan inovasi tanpa henti”, katanya.

Team SMG yang ditubuhkan pada tahun 2017 lalu oleh penyanyi berkelahiran dari Singapura JJ Lin, pada ketika ini pasukan mereka sedang bertanding di musim ke-6 Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY/SG) dan Liga Profesional PUBG Mobile Musim Ke-2 (PMPL).

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments