Esukan Tempatan

Sarawak Sasar 1 Pingat Emas Bagi Esukan Di SUKMA XX Johor

2 bulan lalu

Sarawak Sasar 1 Pingat Emas Bagi Esukan Di SUKMA XX Johor

Emas bagi permainan Pro Evolution Soccer (PES) adalah sasaran negeri Sarawak bagi kategori esukan di Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor.

Perkara tersebut diucapkan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak iaitu Datuk Snowdan Lawan semasa menghadiri lawatan ke D-Virtual Park di Kota Samarahan bagi melihat persiapan atlet esukan negeri tersebut menghadapi SUKMA XX yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

“Pengemar esukan di Sarawak perlu sedar bahawa kami serius dalam membangunkan esukan dan oleh kerana itu, kami meminta kepada kelab-kelab esukan untuk mendaftar dibawah SESA (Persatuan Esukan Sarawak). Terdapat banyak cara yang boleh kami bantu,” ujar beliau.

Foto: Chimon Upon / The Borneo Post

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri mungkin akan menganjurkan lebih banyak lagi acara esukan terutamanya di kawasan pedalaman, bergantung kepada ketersediaan fasiliti. Menurut Datuk Snowdan Lawan, beliau percaya bahawa Sarawak mempunyai pemain berbakat yang mampu membawa pulang kejayaan di temasya SUKMA kelak.

Sarawak akan menghantar 18 orang atlet ke SUKMA XX Johor bagi kategori esukan yang mempertandingkan tiga permainan iaitu Dota 2, Mobile Legends Bang Bang dan Pro Evolution Soccer (PES). Temasya SUKMA XX Johor akan dilangsungkan di Johor bermula pada 6 sehingga 14 Mac tahun 2021.

Ini merupakan kali pertama kategori tersebut dimasukkan ke dalam temasya tersebut sebagai sukan berpingat rasmi.

Sumber: Borneo Post Online


Kemaskini: 20 September 2020

Tarikh penganjuran SUKMA XX telah dikemaskini dan bakal dianjurkan bermula pada 02 April sehingga 10 April 2021.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments