Dota 2

Epic Esports Events Umum OMEGA League Akan Kembali Untuk Musim Kedua Pada Penghujung Oktober Ini

10 bulan lalu

Epic Esports Events Umum OMEGA League Akan Kembali Untuk Musim Kedua Pada Penghujung Oktober Ini

Perlawanan akhir diantara Team Secret dan OG di kejohanan OMEGA League Europe Immortal Division ditonton lebih 400 ribu orang secara serentak, menjadikan ia antara kejohanan bukan-DPC terbaik pernah dianjurkan semenjak sirkit kompetitif tersebut dilancarkan.

Komuniti juga memuji pihak penganjur iaitu Epic Esports Events, WePlay! Esports dan barisan personaliti terlibat dalam kejayaan mereka memberikan kejohanan yang amat menghiburkan terutamanya dikala kemarau kejohanan DPC dan The International.

Sebelum tamatnya kejohanan tersebut, VPEsports.com melaporkan bahawa Epic Esports Events telah mengesahkan penganjuran musim kedua bagi OMEGA League bagi rantau Eropah dan CIS ini. Musim kedua ini akan berlangsung pada 29 Oktober sehingga 03 Disember depan.

Bagaimanapun, musim kedua ini akan menerima perubahan dari segi format dimana walaupun ia akan masih dianjurkan dengan dua jenis divisyen, jumlah pasukan bertanding akan dikurangkan dari 12 kepada 10 pasukan di setiap divisyen.

Dengan itu juga, format peringkat kumpulan akan bertukar kepada format tanding padan gilir. 4 pasukan terbaik kemudiannya akan mara ke upper bracket kejohanan manakala pasukan di tempat ke-5 sehingga ke-8 akan mara ke peringkat play-in, berdepan dengan 4 pasukan terbaik dari divisyen kedua. Pasukan terbaik pusingan play-in akan mara ke puusingan lower-bracket kejohanan. Pasukan ke-9 dan ke-10 pula akan mara ke divisyen kedua kejohanan.

Musim kedua juga akan mengekalkan tawaran hadiah berjumlah USD500,000 bagi divisyen pertama (Immortal) dan USD50,000 bagi divisyen kedua (Divine). Pada ketika ini, 5 pasukan telah sah akan kembali bertanding iaitu Alliance, Team Liquid, OG Esports, Team Nigma dan Team Secret.

Sumber: VPEsports / Foto: WePlay! Esports