Dota 2

7 Kejuaraan Berturut-turut Untuk Kekal Megah Di Puncak – Team Secret Juarai OMEGA League: Europe Immortal Division

3 bulan lalu

7 Kejuaraan Berturut-turut Untuk Kekal Megah Di Puncak – Team Secret Juarai OMEGA League: Europe Immortal Division

Tahun ini adalah tahun paling cemerlang bagi Team Secret apabila selepas 9 bulan berlalu, pasukan tersebut masih lagi kekal megah di puncak arena kompetitif Dota 2.

Team Secret hari ini membenam pasukan OG Esports di perlawanan akhir kejohanan OMEGA League: Europe Immortal Division dengan keputusan bersih 3-0. Prestasi pasukan ini masih kekal terbaik pada ketika ini apabila mereka menamatkan kejohanan ini dengan hanya tewas dua perlawanan sahaja dan memenangi kesemua siri yang dimainkan.

Team Secret membawa pulang hadiah berjumlah USD200,000 sebagai juara kejohanan. OG sebagai naib juara pula menerima hadiah berjumlah USD125,000. Sementara itu, dua pemain pasukan Nigma, Miracle- dan GH telah diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan bagi posisi carry dan support dengan masing-masing menerima hadiah berjumlah USD5,000.

Berikut adalah keputusan penuh peringkat akhir kejohanan:

Kejuaraan kejohanan OMEGA League: Europe Immortal Division adalah kejuaraan ke-7 berturut-turut bagi Team Secret semenjak daripada bulan Mei yang lalu, sebuah pencapai yang amat menakjubkan di dalam sejarah Dota 2.

Sumber Foto: Team Secret

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments