League of Legends

Riot Games Hadir Dengan Komik Berkisahkan K/DA dan Seraphine

1 tahun lalu

Riot Games Hadir Dengan Komik Berkisahkan K/DA dan Seraphine

Kolaborasi diantara Seraphine dan K/DA sudah pun rasmi akan terjadi dan menjelang pelancaran album EP kumpulan muzik maya tersebut, Riot Games kini tampil dengan komik khas berkisahkan kepada penceritaan dibelakang tabir kolaborasi tersebut.

Dinamakan sebagai K/DA: Harmonies, edisi pertama memfokuskan kepada Akali di dalam studio, bersama-sama dengan ahli kumpulan lain dan Seraphine. Ia menceritakan cabaran yang dihadapi kumpulan tersebut dalam menghasilkan muzik.

Bagi anda yang berminat, komik tersebut boleh dibaca di pautan ini. K/DA baru-baru ini telah melancarkan lagu terbaru mereka bergelar ‘The Baddest’. Ia merupakan single kedua kumpulan tersebut selepas kejayaan POP/STAR pada tahun 2018 yang lalu. Tarikh pelancaran album EP mereka maih belum diumumkan pada ketika ini, namun kemungkinan beasr ia akan dilancarkan semasa berlangsungnya kejohanan Worlds 2020 tidak lama lagi.