Diabotical

Diabotical Mengumumkan ‘Test Tournament Series’ – Pemecut Arena Esukan Permainan Tersebut

3 bulan lalu

Diabotical Mengumumkan ‘Test Tournament Series’ – Pemecut Arena Esukan Permainan Tersebut

Dilancarkan secara rasmi pada 4 September lalu, Diabotical kini hadir dengan siri kejohanan ujian, ‘Diabotical Test Tournament Series’ bagi memulakan arena esukan permainan arena fps tersebut.

Menurut GD Studios, siri kejohanan ini adalah yang pertama di dalam ‘Kalendar Esukan Diabotical’, menawarkan hadiah sebesar USD100,000. Siri kejohanan ini bagaimanapun hanya akan melibatkan dua rantau sahaja pada ketika ini iaitu Amerika Utara dan Eropah.

Diabotical Test Tournament Series akan dimulakan dengan kejohanan 3 lawan 3 bermula pada bulan Oktober, November dan Januari 2021 di kedua-dua rantau Eropah dan Amerika Utara.

Siri kejohanan ini akan disiarkan secara langsung di laman Twitch mereka. Format kejohanan, mod permainan dan jadual lengkap kejohanan boleh diakses di pautan ini.

Bagi pemain di rantau lain pula, GD Studios turut menjanjikan bahawa acara di rantau lain akan turut dianjurkan tidak lama lagi di bawah program akar umbi mereka dengan dana sebesar USD100,000.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments