Dota 2 Tempatan

Terkesan Dengan Pandemik – Geek Fam Umum Pembubaran Skuad Dota 2 Mereka

6 bulan lalu

Terkesan Dengan Pandemik – Geek Fam Umum Pembubaran Skuad Dota 2 Mereka

Pandemik COVID-19 masih belum mennjukkan petanda bahawa ia akan tamat di dalam masa terdekat ini dan sepanjang ia berlaku, pelbagai aspek kehidupan telah terkesan termasuklah arena esukan profesional Dota 2.

Berbeza dengan League of Legends yang menggunakan sistem liga rantau, Dota 2 Pro Circuit mengamalkan sistem terbuka yang melibatkan pasukan-pasukan antarabangsa. Oleh sebab itu, pandemik yang melanda dunia menyebabkan musim DPC kali ini terpaksa ditangguhkan.

Walaupun terdapat penganjur pihak ketiga yang mengisi kekosongan DPC dengan menganjurkan acara tersendiri, ketiadaan kejohanan DPC masih memberikan kesan terutamanya kepada pasukan bawahan.

Salah sebuah pasukan yang terkesan dengan perkara ini adalah Geek Fam. Organisasi tersebut mengumumkan pembubaran pasukan Dota 2 mereka. Ketidaktentuan arena esukan Dota 2 pada ketika ini memaksa mereka mengambil keputusan ini. Kempat-empat pemain mereka iaitu Karl, Kuku, Whitemon dan Xepher kini adalah agen bebas.

Geek Fam bagaimanapun berjanji bahawa mereka akan kembali sekiranya keadaan kembali normal kelak.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *