League of Legends

Seraphine Kini Sah Akan Berkolaborasi Bersama Dengan K/DA

3 minggu lalu

Seraphine Kini Sah Akan Berkolaborasi Bersama Dengan K/DA

K/DA sudah sedia maklum akan melancarkan album EP tidak lama lagi selepas baru-baru ini kembali dengan lagu ‘The Baddest’ mereka.

Dalam pada masa yang sama, Riot Games telah mengacah champion terbaru mereka, Seraphine dengan mencipta watak dunia nyata bagi beliau, hadir dengan akaun media sosial serta seperti peribudaya beliau di dalam permainan (hasil data tersembunyi dari klien permainan), menghasilkan muzik di laman Soundcloud.

Selain dari watak di media sosial ini, Riot Games secara rasminya masih belum mengumumkan kehadiran Seraphine sebagai champion terbaru permainan League of Legends. Mereka hanya menggunakan karekter di media sosial tersebut bagi mengacahkan Seraphine, dengan mengaitkan beliau dengan K/DA sebagai seorang peminat.

Antaranya, Seraphine memuat-naik lagu cover K/DA iaitu POP/STAR yang dilancarkan pada tahun lalu. Oleh yang demikian, pelbagai acahan ini menyebabkan ramai peminat mulai menjangkakan bahawa beliau bakal terlibat dengan album baharu K/DA.

Hari ini jangkaan tersebut menjadi kenyataan apabila K/DA dan Seraphine telah mengumumkan bahawa bakal berkolaborasi pada album EP K/DA. Menurut ciapan di laman Twitter Seraphine, beliau akan bekerjasama menghasilkan album tersebut dan akan turut terlibat sebagai penyanyi pada salah sebuah lagu yang dihasilkan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments