Dota 2

fy Dan Somnus丶M Sah Meninggalkan Pasukan Dota 2 PSG.LGD

10 bulan lalu

fy Dan Somnus丶M Sah Meninggalkan Pasukan Dota 2 PSG.LGD

Selepas lebih 6 tahun setia bersama dengan LGD Gaming, Somnus丶M atau lebih dikenali sebagai Maybe akhir meninggalkan organisasi tersebut bersama-sama dengan rakan sepasukan iaitu fy.

Bersama-sama dengan pasukan tersebut, kedua-dua pemain berjaya meraih pelbagai kejayaan termasuklah memenangi beberapa kejohanan bertaraf major dan turut menamatkan beberapa edisi The International di kedudukan yang amat membanggakan seperti tempat ke-2 di TI8 dan ke-3 di TI9.

Khabar angin menyatakan bahawa kedua-dua mereka akan meneruskan kerjaya mereka bersama dengan pasukan Four Angry Men menyertai rOtK dan Yang. Sementara itu, kehilangan dua pemain ini meninggalkan pasukan PSG.LGD dengan tiga orang pemain sahaja iaitu xNova, Chalice dan eLeVeN.

Foto: ESL