Dota 2

Arcana Bagi Windranger ‘Compass of the Rising Gale’ Kini Hadir Bagi Pemilik Battle Pass Dota 2

3 bulan lalu

Arcana Bagi Windranger ‘Compass of the Rising Gale’ Kini Hadir Bagi Pemilik Battle Pass Dota 2

Sekiranya anda telah mempunyai Battle Pass The International 10 dan telah melepasi tahap 575, arcana ‘Compass of the Rising Gale’ untuk Windranger kini telah hadir di klien permainan Dota 2 dan boleh digunakan di dalam perlawanan.

Seperti biasa, arcana ini hadir dengan model serba baru, efek dan animasi khas beserta padestal unik. Selain daripada itu, arcana ini turut mempunyai ikon dan animasi khas bagi item Eul’s Scepter dan Force Staff. Namun begitu, ‘Compass of the Rising Gale’ ini jga mempunyai bar khas yang direka unik ketika menalurkan abiliti beliau.

Sekiranya anda berjaya mengumpul nilai serangan ‘Focus Fire’ berjumlah 2,500,000 mata sepanjang menggunakan arcana ini, stail alternatif kedua serba kemerahan bertemakan musim luruh boleh dinyahkunci dan digunakan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments