CSGO

Kes Salahguna Pepijat CSGO – ESIC Turut Jatuh Hukuman Kepada 3 Jurulatih

3 bulan lalu

Kes Salahguna Pepijat CSGO – ESIC Turut Jatuh Hukuman Kepada 3 Jurulatih

Lanjutan daripada kes penyalahgunaan pepijat bagi fungsi jurulatih di permainan Counter-Strike: Global Offensive semalam, Suruhanjaya Integriti Esukan (Esports Integrity Commission) telah turut hadir memberikan hukuman terhadap tiga jurulatih yang telah ditangkap mengunakan pepijat tersebut di perlawanan rasmi.

Dengan menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh ahli suruhanjaya (ESL di dalam kes ini), pasukan adalah tertakluk kepada buku tatakelakuan rasmi. Siasatan ESIC mendapati ketiga-tiga jurulatih yang ditangkap telah melanggar peraturan Artikel 2.3.4 dan/atau 2.4.4 pada Buku Tatakelakukan ESIC iaitu “Menipu atau cubaan menipu untuk memenangi sesebuah perlawanan”.

Oleh yang demikian, mereka dikenakan hukuman seperti berikut, melibatkan kesemua acara ahli suruhanjaya (Blast Premier, ESL, DreamHack, LVP dan lain-lain):

  • Ricardo ‘dead’ Sinigaglia: Digantung dari kesemua acara ahli ESIC selama 6 bulan bermula pada 31 OGos 2020.
  • Nicolai ‘HUNDEN’ Petersen: Digantung dari kesemua acara ahli ESIC selama 12 bulan bermula pada 31 OGos 2020.
  • Aleksandr ‘MechanoGun’ Bogatyrev: Digantung dari kesemua acara ahli ESIC selama 24 bulan bermula pada 31 OGos 2020.

ESIC juga telah meminta penganjur bukan-ahli lainnya untuk turut sama menghormati pengantungan ini bagi memastikan integriti arena esukan CS:GO. Sementara itu, ESIC turut mengesahkan tiada pemain dari pasukan terlibat dikenakan hukuman pada ketika ini kerana kekurangan bukti penglibatan. ESCI bagaimanapun akan kekal membuka siasatan sehingga 2 bulan lagi untuk menunggu sekiranya hadir bukti baharu berkaitan dengan kes pepijat ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments